• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PKM Rhu Rendang Serah Bantuan Kerusi Roda Dan Ziarah Remaja Kemalangan

MARANG, 11 September - Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang telah menyerahkan bantuan kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dua penduduk uzur di Kampung Rusila dan Rhu Renggeh.

Seorang remaja sekolah di Kampung Gong Nangka yang terlibat kemalangan baru-baru ini juga turut diziarahi sebagai tanda cakna kepada golongan yang tidak bernasib baik.

Menziarahi remaja sekolah yang terlibat dalam kemalangan

Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman berkata, bantuan kerusi roda ini memang penting bagi golongan memerlukan lebih-lebih lagi yang uzur dan sakit untuk memudahkan pergerakan serta menguruskan diri.

“Menziarahi mereka yang tidak bernasib baik juga adalah sebagai tanda kerajaan kini mengambil berat dan ambil tahu tanpa mengira latar belakang.

"Aktiviti ziarah dan agihan bantuan telah menjadi rutin bagi PKM bagi melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dan orang awam,"katanya

Turut hadir adalah Ketua Pemuda Pas Dun Rhu Rendang, Ziyad Zakaria, Pegawai Khas PKM Dun Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Gong Nangka, Rusila dan Rhu Renggeh.

Serahan kerusi roda kepada wakil pesakit

Menurutnya lagi, bantuan yang diagihkan adalah berdasarkan keperluan dan keutamaan yang diteliti daripada maklumat yang diterima sama ada daripada MPKK dan PKM.

“Semua penduduk di Rhu Rendang layak menerima bantuan, dan PKM akan berusaha untuk mengagihkan bantuan dengan sebaiknya.

“Bantuan yang diagihkan juga tidak hanya datang daripada PKM, tetapi juga daripada agensi lain seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tabung Darul Iman, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) serta lain-lain,” tambahnya lagi.

Selain daripada serahan kerusi roda, sedikit sumbangan berupa barang keperluan asas dan kewangan turut diberikan.


Tag: