• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Pok Tar Ngecat Terima Bantuan Oksigen


Oleh: Aminji

KEMAMAN, 6 Februari - Mokhtar Ismail, 70, atau lebih mesra dikenali sebagai 'Pok Tar Ngecat' yang mengalami masalah pernafasan sejak 2016 mengukir senyuman terharu dengan pemberian alat bantuan pernafasan (tabung oksigen) kepadanya.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh pasukan (team) kebajikan daripada Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih bersama Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Air Putih).

“Saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada YB (Yang Berhormat) Cikgu Razak kerana memberikan alat bantuan pernafasan ini kepada saya.


“Dengan adanya bantuan ini, ia dapat mengurangkan bebanan saya menyewa alat bantuan pernafasan melalui agensi yang lain," katanya.


Sementara itu, mengulas lanjut, ADUN Air Putih, Ab. Razak Ibrahim berterima kasih kepada pihak yang menyalurkan maklumat tentang Pok Tar.

“Terima kasih kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bandar Cheneh Baru kerana menyalurkan maklumat kepada Team Kebajikan DUN Air Putih.

"Kami akan terus komited membantu pesakit yang kurang berkemampuan untuk meringankan bebanan mereka," ujarnya.

Tag: