• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Polis Dan Masyarakat Jalin Hubungan Kacau Bubur Asyura

DUNGUN, 19 Ogos - Mengambil peluang kedatangan bulan Muharam, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dungun dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) menganjurkan aktiviti mengacau bubur Asyura bagi menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Rantau Abang, Alias Harun memuji inisiatif yang dilakukan oleh pasukan PDRM mewujudkan kesejahteraan negara. 

"Dengan slogan" Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada ' sewajarnya masyarakat menjadi mata kepada anggota polis, tambahan JPKK pula lebih mengenali penduduk kampung mereka, " ujarnya. 

Beliau berkata demikian di dalam ucapan ringkas di Program  Kacau Bubur Asyura Masyarakat bersama Polis Pondok Rantau Abang. 

Turut hadir, Ketua Balai Dungun, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, ASP Mohd Nawawi Mat.

Orang ramai yang hadir juga berpeluang membawa pulang hamper setelah berjaya menjawab soalan kuiz mudah. 

Menurut ASP Nawawi  dengan keterlibatan empat JPKK iaitu JPKK Rantau Abang, Kuala Abang, Rhu Batil dan Kampung Baru Kuala Abang  telah memeriahkan program yang sebelum ini hanya buat di kawasan IPD sahaja.

"Bukannya nak kacau syura sangat, tetapi hendak bersama - sama orang kampung, jadi kita adakan program ini dengan sumbangan anggota polis IPD sikit sorang untuk menyediakan dua kawah bubur Asyura dan makan tengah hari ini," katanya.


Tag: