• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Polis Pantau Dakwaan Gerakan Hidupkan Semula Ajaran Sesat 'Ayah Pin'

KUALA TERENGGANU, 18 Mac - Polis Terengganu sentiasa memantau berhubung dakwaan terdapat gerakan untuk menghidupkan semula ajaran sesat ‘Ayah Pin’ di daerah Besut.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata setakat ini aktiviti di perkampungan Ayah Pin di Kg. Batu 13, Besut masih terkawal dan tidak mendatangkan implikasi kepada keselamatan penduduk setempat

“Polis sentiasa memantau ajaran Ayah Pin dan ajaran-ajaran sesat yang lain di negeri Terengganu.

“Pihak kami menasihati orang ramai supaya tidak gusar dengan perkembangan ini dan sekiranya terdapat sebarang maklumat berkaitan isu keselamatan boleh hadir ke mana-mana,”ujarnya dalam satu kenyataan.

Media sebelum ini melaporkan, terdapat cubaan pihak tertentu menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin yang pernah menggemparkan negara dengan 'Kerajaan Langit'.

Terdahulu, Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada 1997 telah mengeluarkan fatwa bahawa ajaran berkenaan sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986.