• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Politeknik KT Bantu Terangi Rumah Mohamad


Oleh: Aslam Wira

MARANG - Kisah hidup penoreh getah,  Mohamad Othman sekeluarga yang viral di media sosial kerana bergelap dan hanya berlampukan lilin setiap malam akibat kekangan hidup mendapat perhatian dan simpati orang ramai.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Wahad Osman mengunjungi keluarga berkenaan bersama sukarelawan yang ingin membantu lima sekeluarga itu bagi pemasangan pendawaian elektrik di rumah mereka, di Kampung Tertak Batu, Rhu Rendang, di sini, 3 Oktober.

Menurut Wahad, kisah sedang dihadapi Mohamad, isteri dan tiga anak berusia tiga hingga 11 tahun yang viral itu mendapat perhatian Politeknik Kuala Terengganu yang diketuai Kaunselingnya, Fathi Omar.



"Encik Mohd Fathi akan bersama-sama pensyarah dan pelajar-pelajar beliau akan menyegerakan bantuan menyiapkan kerja pendawaian secepat mungkin untuk keselesaan keluarga ini,"katanya.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman dan Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng.


Mohamad dikatakan berpindah ke rumah baharu yang dibina berdekatan rumah lamanya sejak pertengahan tahun lalu dan berdepan masalah untuk menyambung bekalan elektrik kerana pendapatan yang tidak menentu.

Tag: