Jalur Gemilang
Berita :
PPS Pertama Dibuka Di Terengganu Tempatkan 123 Mangsa
PPS Pertama Dibuka Di Terengganu Tempatkan 123 Mangsa
Noraini Jusoh
33 minit yang lepas
34

KUALA TERENGGANU, 23 November - Pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Tok Jembal di Kuala Nerus menjadi PPS pertama dibuka akibat banjir di Terengganu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, seramai 123 mangsa daripada 36 keluarga dipindahkan ke PPS itu. 
 
PPS terbabit mula dibuka pada pukul 9 malam tadi, selepas rumah mangsa dari Taman Murni Permai Tok Jembal dinaiki air susulan hujan lebat di sekitar Taman Uda Tok Jembal lebih kurang pukul 4 petang semalam. 

Katanya, berikutan hujan lebat yang berterusan menyebabkan banjir di sekitar kawasan berkenaan. 


Tag :

Jalur Gemilang

Artikel Berkaitan