• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Premis Kerajaan Jadi Pusat Menghubung Rakyat

Ghazali (tengah) bergambar bersama pegawai yang hadir sempena taklimat i-Suri, di Dewan Sivik Kuala Jengai,Bukit Besi, di sini, kelmarin. Add caption

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN, 13 November- Bangunan dan premis kerajaan seperti dewan sivik dan dewan orang ramai mampu berperanan sebagai pusat yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, kemudahan yang disediakan kerajaan itu perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin sebagai tempat untuk menyampaikan segala dasar dan polisi kerajaan kepada rakyat.

"Di samping itu boleh juga diadakan program yang berbentuk dialog, diskusi dan pelbagai program kemasyarakatan lain yang boleh mendatangkan faedah pada semua lapisan masyarakat dan komuniti setempat," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program taklimat i-Suri yang diadakan di Dewan Sivik Kuala Jengai, Bukit Besi, di sini, kelmarin.


 Ghazali berkata, dewan serbaguna itu berfungsi dan berperanan sepenuhnya sebagai tempat penyatuan masyarakat.

"Gunakanlah ianya seoptimun yang  mungkin sebagai  perantaraan bagi mewujudkan keharmonian perhubungan di antara masyarakat dan kerajaan. Ianya juga sebagai tempat untuk rakyat bersuara," kata beliau.

Menurutnya, tanpa penggunaan yang seoptimun mungkin,  ianya akan menjadi satu pembaziran, apatah lagi dibangunkan dengan menggunakan duit rakyat dan tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja.

Mengulas mengenai dana i-Suri, Ghazali menyambut baik pelaksanaan manifesto berkenaan yang disifatkan membantu kebajikan wanita di seluruh negara dengan caruman sukarela menerusi insentif khas kerajaan untuk surirumah yang berdaftar dalam sistem e-Kasih.


Tag: