• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Program Outreach Vaksinasi SK Seri Kasar Sasar 1,000 Suntikan Sehari

SETIU, 24 Jun - Sebanyak 1,000 suntikan dos vaksin COVID-19 disasarkan kepada orang ramai di Program Outreach Vaksinasi di Sekolah Kebangsaan Seri Kasar, di sini pada Sabtu ini.

Pegawai Daerah Setiu, Rosli Latif berkata jumlah sebanyak itu diperuntukkan kepada penduduk daripada 10 buah kampung di Mukim Hulu Nerus 1.

Pegawai Daerah Setiu Tuan Haji Rosli Latif berbincang bersama Ahli Parlimen Setiu YB Tuan Shaharizukir5nain Abd Kadir

"Ini adalah satu kaedah bagi membantu penduduk luar bandar daerah itu mendapatkan suntikan vaksin," katanya ketika ditemui selepas lawatan tapak Program Outreach Vaksinasi COVID-19 di SK Seri Kasar hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, program outreach itu diatur berfokus kepada kampung yang berada jauh daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sungai Tarom.

"Setakat ini dua 'outreach' sudah dilaksanakan di SK Bukit Mundok dan SK Merang dan outreach di SK Seri Kasar ini merupakan yang ketiga buat daerah Setiu.

"Melihat sambutan yang menggalakan daripada orang ramai daripada pembukaan 'outreach' sebelum ini kita akan terus berusaha untuk membawa PPV dekat dengan mereka.

"Harapan saya agar warga daerah Setiu memanfaatkan peluang ini bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat diputuskan," jelasnya.

Pemasangan 'plywood' bagi laluam keruso roda oleh kakitangan Majlis Daerah Setiu