• 06 Mei 2024 | 27 Syawal 1445

PRU14 : BN Terengganu Tampil Calon Boleh Menang


Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Barisan Nasional (BN) Terengganu hari ini mengumumkan senarai calon yang akan bertanding di  lapan kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU14).

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi BN Terengganu yang juga Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di kediaman rasminya Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

"Inilah barisan calon-calon (BN) yang akan mengekalkan 17 kerusi BN dan merampas semula 15 kerusi di tangan pembangkang dan empat lagi kerusi Parlimen yang kita hilang sebelum ini.

"InsyaAllah semua calon BN ini yang akan dibawa pada Hari Penamaan Calon pada 28 April ini tanpa apa-apa perubahan. Dua serikandi (calon wanita di DUN Bukit Payong dan Sura)  juga kita akan pastikan dapat merampas semula dan memihak kepada BN,"katanya.

Daripada barisan calon-calon BN yang diumumkan, parlimen dan DUN Besut mengekalkan penyandang sedia ada, Hulu Terengganu juga mengekalkan muka lama, dengan calon parlimen melakukan `comeback', apabila meletakkan mantan ADUN Ajil selama tiga penggal pada 1999-2013, Dato' Rosol Wahid. Parlimen dan DUN di Kemaman juga mengekalkan penyandang, termasuk mantan ADUN Chukai (2004-2013), Dato' Mohamad Awang Tera dicalonkan semula kali ini. 


Parlimen Setiu juga mengekalkan penyandang, kecuali DUN Permaisuri bertukar kepada mantan ADUN, Dato' Halim Jusoh yang pernah memenangi kerusi itu pada PRU12 lalu.

Sementara Kuala Terengganu, Dungun dan Kuala Nerus juga menampilkan ramai muka baharu, dengan Ahmad Razif turut mempertahankan kerusi DUN Seberang Takir (Kuala Nerus).

CALON BARISAN NASIONAL (BN) BAGI DUN DAN PARLIMEN TERENGGANU

P.033 - Besut (Dato' Seri Idris Jusoh)-penyandang
N01 - Kuala Besut (Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman)-penyandang
N02 - Kota Putera (Mohd. Mahadi Musa )-penyandang
N03 - Jerteh (Dato' Muhammad Pehimi Yusof )-penyandang
N04 - Hulu Besut ( Nawi Mohamad ) -penyandang

P.034 -Setiu (Dato' Mohd. Jidin Shafee )
N05 - Jabi (Mohd. Iskandar Jaafar ) -penyandang
N06 - Permaisuri (Dato' Halim Jusoh)-muka baharu
N07 - Langkap (Datuk Sabri Mohd. Noor )-penyandang
N08 - Batu Rakit (Bazlan Abd. Rahman) -penyandang

P.035 Kuala Nerus (Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad) -muka baharu
N09 - Tepuh (Datuk Mohd. Basir Ismail)-muka baharu
N10 - Buluh Gading (Che Mansor Salleh)-muka baharu
N11 - Seberang Takir (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) -penyandang
N12 - Bukit Tunggal (Tuan Arif Sahibu Fadillah Tuan Ahmad)

P.036 Kuala Terengganu (Dato' Wan Nawawi Wan Ismail) -muka baharu
N13 - Wakaf Mempelam (Salleh Othman)- muka baharu
N14 - Bandar (Toh Seng Cheng)-muka baharu
N15 - Ladang (Datuk Mohd. Sabri Alwi )-muka baharu
N16 - Batu Buruk (Zamri Awang Hitam)-muka baharu

P.037 Marang (Mohamad Nor Endot)- muka baharu
N17 - Alur Limbat (Datuk Saiful Bahri Baharuddin) -muka baharu
N18 - Bukit Payong (To' Puan Zaitun Mat Amin) -muka Wakaf Baharu
N19 - Rhu Rendang (Datuk Nik Dir Nik Wan Ku)
N20 - Pengkalan Berangan (A. Latiff Awang) -penyandang

P.038 Hulu Terengganu (Dato' Rosol Wahid)
N21 -Telemong (Dato' Rozi Mamat)-penyandang
N22 - Manir (Yusof Awang Hitam)
N23 - Kuala Berang (Dato' Tengku Putera Tengku Awang)-penyandang
N24 - Ajil (Dr Ghazali Taib)-penyandang

P.039 Dungun (Dato' Din Adam) 
N25 - Bukit Besi (Roslee Daud ) -penyandang
N26 - Rantau Abang (Wan Zaulkifli Wan Gati) -muka baharu
N27 - Sura (Datuk Zainun Abu Bakar )-muka baharu
N28 - Paka (Tengku Hamzah Tengku Draman -muka baharu

P.040 Kemaman (Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek) -penyandang
N29 - Kemasik (Ir. Rosli Othman ) -penyandang
N30 - Kijal (Dato' Seri Ahmad Said) -penyandang
N31 - Cukai (Dato' Mohamad Awang Tera )
N32 - Air Putih (Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar) -penyandang



Tag: