• 03 Mei 2024 | 24 Syawal 1445

PRU14 : Umum Calon Selepas Dapat Lampu Hijau- Ahmad Razif

Ahmad Razif ketika berucap pada Majlis  Pemimpin Bersama Rakyat. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail 


Barisan Nasional (BN) Terengganu hanya dapat  mengumumkan senarai calon  yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 selepas mendapat `lampu hijau’ Presiden UMNO Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Terengganu belum  mendapat persetujuan berkaitan itu dari pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan bersedia pada bila-bila masa .

Katanya, apa yang pasti pengumuman itu akan dibuat  dalam tempoh terdekat dan berkemungkinan   akan diumumkan secara serentak di seluruh negara.

“Saya yakin kesemua calon yang dihantar sudah dimuktamadkan dan percaya calon yang ditampilkan itu dapat menyaingi calon daripada parti lain.

“Difahamkan parti lain sudah mengumumkan calon masing-masing termasuk parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala BN akan berbuat demikian dalam tempoh terdekat,”katanya yang juga Menteri Besar


Beliau berkata demikian pada Majlis  Pemimpin Bersama Rakyat di Jabi, Besut, hari ini.
Turut hadir, isteri Menteri Besar To’ Puan Seri Halina Zakaria,  Ketua UMNO Bahagian Setiu, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi Mohd Iskandar Jaafar.



Tag: