• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

PSMZA Adakan Sanitasi Sebelum Terima Kemasukan Pelajar Baru

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 28 Julai- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA) mengadakan operasi sanitasi dan disinfeksi sebagai persediaan awal menerima kemasukan pelajar baru pada 4 ogos nanti.

Pengarahnya, Mohd Fikri Ismail berkata, bagi memastikan warga PSMZA selamat daripada risiko jangkitan COVID-19, satu program sanitasi dan disinfeksi telah diadakan sebelum menerima kemasukan pelajar.

“Usaha tersebut juga sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan  di premis kerajaan terutamanya Institusi Pengajian Tinggi.

"Ianya juga untuk memberi keselesan dan rasa selamat kepada kakitangan dan pelajar sepanjang berada di bangunan dan ruangan pejabat di PSMZA," ujarnya.

Mohd Fikri berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Program Sanitasi Dan Disinfeksi Perdana Covid-19 PSMZA bersama Pasukan Bomba Dan Penyelamat Daerah Dungun, semalam.

Taklimat program yang melibatkan semua kakitangan politeknik berkenaan telah dikendalikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Dungun, Mohd Aidil Khairim Abdul Wahab.
 


Tag: