• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

PSMZA Agih Sumbangan Kepada 150 Golongan B40

DUNGUN, 18 April- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) mengagihkan sumbangan menerusi Program Bakul Kasih Ramadan kepada 150 kakitangannya serta komuniti setempat di kalangan B40.

Pengarahnya, Zamra Derahman berkata, pogram tersebut sedikit sebanyak meringan beban mereka sekaligus mendekatkan hubungan PSMZA dengan masyarakat setempat.

"Golongan sasaran penerima bantuan ini terdiri daripada kalangan warga PSMZA, pengawal keselamatan, pekerja am dan komuniti sekitar," katanya.

Tambah beliau, Program Bakul Kasih Ramadan merupakan pemberian bantuan berbentuk barangan keperluan dapur bagi meringan beban golongan tersebut. 

"Pengagihan di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Mohyiddin Salleh. 

" Bakul yang berisi keperluan asas dapur itu adalah hasil daripada sumbangan kakitangan jabatan itu sendiri dan juga staf PSMZA,"ujarnya.


Tag: