• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

PSMZA Bina Jam Matahari Pertama

DUNGUN, 20 Jun- Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) telah membina Jam Matahari merupakan instrumen untuk mengukur peredaran masa menerusi pergerakan matahari.

Menurut jurucakap Unit Komunikasi Korporatnya, PSMZA merupakan politeknik yang pertama membina jam demikian. 

"Projek tersebut adalah  Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini. 

Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Presiden Royal Institute of Surveyor Malaysia (RISM), Dato' Sr Dr Azhari Mohamed di perkarangan Dewan Serbaguna PSMZA, baru-baru ini.

Turut hadir, Pengarah PSMZA, Mohd Fikri Ismail. 

Sementara itu Mohd Fikri berkata, program ini  mendapat kerjasama RISM yang telah lama menjalinkan hubungan kolaborasi bersama PSMZA.

Katanya, pembuatan jam matahari adalah secara umumnya menggunakan bayang yang menimpa permukaan rata yang ditandakan dengan jam-jam dalam satu hari. 

Tambahnya lagi, pada asasnya, jam matahari dapat dibuat menggunakan segala jenis permukaan yang ditimpa bayang yang dapat tentukan kedudukannya. 

"Waktu jam matahari adalah sama dengan jam biasa yang kita gunakan seharian.

" Kepentingannya untuk mendidik para pelajar dan juga staf untuk memahami kaedah pengiraan waktu seperti yang digunakan dahulu kala, "jelasnya. 


Tag: