• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Pusat Hemodialisis Akan Ditambah

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada wakil persatuan-persatuan belia. Foto Harish Fadzillah Abu Kasim
Kerajaan negeri melalui Strategi Lautan Biro Kebangsaan (NBOS) akan berusaha menyediakan lebih banyak pusat hemodialisis bagi meringankan beban pesakit buah pinggang yang terpaksa menanggung kos rawatan yang tinggi.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehingga kini terdapat 22 buah pusat hemodialisis di seluruh Terengganu.


"Daripada jumlah ini, sembilan buah milik kerajaan, tiga buah dibangunkan secara NBOS, enam buah kendalian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tujuh buah milik swasta,"katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sihat Milikku anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, petang tadi.


Hadir sama, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah  Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Karnival itu, Dr Mohammad Omar

Sementara itu, Mohammad berkata peratusan pesakit tibi dalam kalangan rakyat tempatan mula memperlihatkan trend peningkatan membimbangkan di negeri ini yang perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

Katanya, kira-kira 98 peratus daripada keseluruhan 771 pesakit tibi yang direkodkan di Terengganu pada tahun lalu terdiri daripada rakyat tempatan.

"Kes kematian akibat penyakit itu turut dikesan tinggi dengan sebanyak 79 kes dilaporkan, dalam tempoh sama tahun lalu.


"Oleh itu, pengesanan awal sangat penting supaya rawatan segera diambil dan pesakit sembuh," katanya.

Tag: