• 07 Mei 2024 | 28 Syawal 1445

Pusat Pemindahan Banjir Besol Ditutup



Oleh : Adli Mohamad.

DUNGUN, 6 November- Pusat pemindahan mangsa banjir di kampong Besol, di sini, ditutup jam 8.30 pagi hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Majlis Pengurusan Komunti Kampung(MPKK), Mohd Nasharudin Mohd Salleh selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bagaimanapun katanya, penduduk di minta terus berjaga-jaga menghadapi kemungkinan banjir akan berulang ekoran cuaca dan musim tengkujuh di negeri ini. 

“Air telah pun mulai surut sejak semalam.Cuma semalam kita tak bagi balik terus, sebaik langkah bersedia kerana.risau, hujan yang tidak menentu, akan mengakibatkan air naik lagi.

"Malam tadi pun dah ada yang pulang ke rumah, cumanya pagi tadi hujan agak lebat, walau bagaimanapun air tidak baik seperti semalam, dan pagi tadi baru pusat pemindahan banjir ditutup," ujarnya kepada pemberita, semasa dihubungi pagi ini.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak yang memberi kecaknaan dan.segera bertindak iaitu Pegawai Penyelaras DUN Bukit Besi dan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertungkus lumus sejak pusat berkenaan dibuka.


Tag: