• 15 Mei 2024 | 7 Zulkaedah 1445

Ramah Mesra Bersama Anak-Anak OKU



Oleh: Jusmawari Jusoh

BESUT ,3 Februari - Seramai 38 orang anak-anak kurang upaya (OKU) dari Kota Setar, Kedah diraikan di Restoran Rambai Kampung Alor Keladi, Hulu Besut sempena hari kelahiran mereka.

Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor berkata, beliau beramah mesra dan menjamu selera bersama anak-anak istimewa ini serta keluarga sebelum mereka berangkat ke Batu Rakit tujuan lawatan.

“Saya amat gembira dapat meluangkan masa bersama-sama mereka dan sangat terharu bila dijemput untuk meraikan anak-anak istimewa ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program tersebut, di sini, pada hari ini.


Menurutnya, setiap kos makan dan minum ditanggung oleh beliau  sebagai tanda penghargaan terima kasih  diatas rombongan tersebut.

"Kita jangan abaikan mereka,kerana mereka juga sebahagian dari kita semua. Mereka ini adalah anugerah daripada Allah untuk keluarga.

"Terima kasih kepada semua penjaga kerana pertemukan saya dengan anak-anak istimewa ini dan bagi kita yang sempurna ini, taatlah kepada perintah Allah,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mendoakan agar perjalanan ke destinasi yang keseterusnya mendapat perlindungan dan barokah dari Alllah.


Tag: