• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

Rambut Baru, Semangat Baru


Oleh: Aminji

KEMAMAN, 31 Disember - Seramai 150 orang pelajar yang berumur antara tujuh hingga 18 tahun di Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih  menyertai program gunting rambut percuma bagi memulakan sesi persekolahan yang baharu esok.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih , Ab. Razak Ibrahim memaklumkan, program ini bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga yang kurang berkemampuan.

“Melalui program gunting rambut percuma ini, kita memberikan khidmat secara percuma sahaja dan sedikit sebanyak menampung perbelanjaan ibu bapa yang berpendapatan rendah.

“Ada juga sesetengah kampung melalui Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) masing-masing di DUN Air Putih mengadakan sendiri program khidmat gunting rambut secara percuma ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sehari Gunting Rambut Percuma anjuran Pemuda PAS DUN Sura, di kedai gunting rambut bersebelahan Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Air Putih, di sini baru-baru ini (25 Disember).

Ab. Razak yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri berkata, agihan nasi lemak secara percuma juga diselitkan dalam program itu.

"Kita akan meneruskan program ini pada tahun akan datang berikutan sambutan yang meriah daripada masyarakat setempat.

“Program ini akan dijadikan sebagai program tahunan dalam usaha membantu keluarga yang berpendapatan rendah yang masih mempunyai anak bersekolah,” katanya.

Program bermula sekitar jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.



Tag: