lightning-solid
Berita :
Rantau Abang Bermunajat Sambut Tahun Baharu
Rantau Abang Bermunajat Sambut Tahun Baharu
Wan Al Affan Bassam Wan Manam
14 jam yang lepas
82

DUNGUN, 28 Disember — Satu program Malam Bermunajat sempena sambutan Tahun Baharu telah diadakan bagi mengajak masyarakat melakukan muhasabah diri menjelang kedatangan tahun baharu yang bakal disambut beberapa hari sahaja lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Mohd Fadhli Rahmi Zulkifli berkata, penganjuran program munajat tersebut menjadi satu titik penting untuk semua pihak menilai segala usaha, kerja serta pencapaian yang telah dilakukan sepanjang tahun yang akan berlalu.

WhatsApp Image 2025-12-28 at 1.41.31 PM (1).jpeg 106.58 KB
“Program munajat ini bukan sekadar pengisian rohani, tetapi menjadi ruang muhasabah diri agar kita semua memperbaiki kelemahan dan memperkukuhkan azam untuk menghadapi tahun baharu dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Munajat DUN Rantau Abang yang berlangsung di Masjid Seberang Pintasan, semalam.

Menariknya, program kali ini bukan sahaja diisi dengan bacaan Yasin dan doa selamat, malah turut dimeriahkan dengan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir ke masjid sebagai satu bentuk motivasi dan galakan untuk terus mendekatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

WhatsApp Image 2025-12-28 at 1.41.32 PM.jpeg 141.65 KB
Dalam ucapannya, Mohd Fadhli turut mengharapkan doa daripada semua pihak agar DUN Rantau Abang dan negeri Terengganu terus berada dalam lindungan dan keberkatan Allah SWT.

“Semoga negeri ini terus maju, diberkati dan masyarakatnya hidup dalam keadaan sejahtera,” ujarnya.

Program tersebut disambut baik oleh masyarakat setempat yang hadir dengan penuh semangat dan kesyukuran, menjadikan suasana malam munajat itu sarat dengan nilai keinsafan, perpaduan dan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik


Tag :

Utama

Artikel Berkaitan