• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

Regu Pelam Galas Cabaran Terengganu Ke Sepak Takraw MSL 2022

DUNGUN, 25 Ogos - Regu sepak takraw Pelam dari Kampung Sura Tengah membawa cabaran Negeri Terengganu ke Pertandingan Sepak Takraw Liga Sukan Malaysia (MSL) 2022 yang berlangsung di Kuala Lumpur selama empat hari bermula hari ini.

Pengurusnya, Azman Senik berkata pasukan itu berjaya mewakili Terengganu setelah mengalahkan regu  'Daddy Cool' di perlawanan akhir sekaligus menjuarai Pertandingan MSL Negeri Terengganu baru - baru ini. 

"Harapan kami agar berjaya menempatkan diri ke tempat tertinggi, sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir, memandangkan regu kami masih baharu," katanya ketika dihubungi di sini. 

Sebelum itu beliau telah hadir ke Pejabat Parlimen Dungun di sini untuk menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Dungun, Wan Hassan Mohd Ramli.

Mengulas lanjut, beliau yang juga pembimbing dan pengerusi Pelam Takraw Club  berkata sumbangan tersebut menjadi perangsang  untuk pasukannya melakukan yang terbaik di pertandingan tersebut. 

"Segala sokongan, kata-kata semangat, doa dan harapan  daripada Ustaz serta warga Dungun  seboleh-bolehnya tidak akan kami hampakan," ujarnya.

 


Tag: