• 17 Mei 2024 | 9 Zulkaedah 1445

Rehlah Tarbawi Erat Silaturrahim


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 22 Disember - Program Rehlah Tarbawi sangat bermanfaat kepada semua terutamanya bagi golongan muda supaya dapat beriadah dan  mengeluarkan peluh bersama-sama.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut, Ustaz Mat Daik Mohamad menyifatkan Rehlah Tarbawi dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan anak muda.

"Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama kita.



"Selain dapat menjaga kesihatan fizikal, kita juga dapat mengisi rohani kita dengan mendengar tazkirah serta taujihad daripada ustaz-ustaz yang dijemput.

"Saya berharap program sebegini dapat diadakan lagi pada masa hapadan kerana ia sangat memberi manfaat kepada kita semua," katanya ketika ditemui pemberita.

Beliau berkata sewaktu menyampaikan ucapan dalam Program Rehlah Tarbawi dan Hiking Bukit Keluang, Besut di Pantai Bukit Keluang Besut, semalam.

Program tersebut dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Besut bersama-sama dengan Jabatan Amal dan Ameerah Besut.


Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Penyelaras Parlimen Besut, Dr. Riduan Mohd Nor dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Besut, Wan Asriazwa Wan Husin.


Tag: