• 28 Apr 2024 | 19 Syawal 1445

Oleh ; Noreini Abu Bakar Dan Farhah Najihah

DUNGUN, 29 Februari - Remaja muslimah adalah harapan ummah untuk menjadi generasi muda yang menyintai diri, keluarga, negara dan agama.

Pengarah Kem Remaja Islam Solehah (KRIS) peringkat DUN Rantau Abang, Safuraa Mohamad berkata, remaja banyak terdedah dengan pelbagai gejala negatif yang menyebabkan mereka hilang jati diri Islam. 

"Hanyut dibuai arus jahiliah moden sehingga mengabaikan tuntutan agama dan cara hidup hidup. 

"Justeru, semoga dengan pelaksanaan program Kem Remaja Islam Solehah (KRIS) dapat dijadikan platform membantu para beliawanis ke arah cara hidup Islam yang sebenar," jelasnya. 

Safuraa yang juga Pembantu Penyelia Hal Ehwal Beliawanis, Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (IMITS) berkata demikian ketika dihubungi di sini hari ini mengulas lanjut kem yang diadakan di Villa Anjung Tamu, Sura di sini, selama dua hari iaitu pada 27 dan 28 Februari. 

Katanya, kem yang terbuka kepada remaja perempuan yang berusia 14 hingga 21 tahun itu adalah anjuran bersama Beliawanis dan Ameerah DUN Rantau Abang telah berjaya menarik 38 orang peserta. 

Beliau turut berharap peserta-peserta mendapat input bermanfaat dan membantu meningkatkan kefahaman mereka tentang cara hidup dan berketerampilan dengan imej Islam. 

"Impaknya, akan dapat meningkatkan rasa tanggungjawab untuk mengangkat martabat ummah," ujarnya lagi.


Tag: