• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

RHB Bank Taja RM150,000 Jayakan Penyelidikan Bidang Kewangan UMT

Prof. Dr. Nor Aieni bersama Dato' Adissadikin menandatangani memorandum.


RHB Islamic Bank Berhad  menyumbang RM150,000 kepada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk menjayakan Program Islamic Endowed Scholar In Finance sepanjang tempoh tiga tahun, di Kampus UMT Gong Badak, Kuala Nerus, semalam.

Kerjasama dimeterai menerusi memorandum perjanjian (MoA) antara kedua-dua institusi itu dilihat sebagai usaha menyokong bakat akademik dalam bidang kewangan di Kampus Gong Badak, Kuala Nerus.

Ketua pegawai eksekutif RHB, Dato' Adissadikin Ali berkata, langkah itu merupakan tanggungjawab sosial RHB yang pada akhirnya akan memberi kesan positif kepada UMT dan syarikat berkenbaan sebagai penaja.

"Ini merupakan program penajaan pertama daripada RHB dan berharap untuk jangka masa panjang, kita dapat meningkatkan kerjasama bersama pihak universiti dalam menghasilkan penyelidikan berimpak tinggi," katanya.
Memorandum Perjanjian membentuk kerjasama selama tiga tahun.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Profesor Dato' Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, pihaknya berbesar hati dengan penajaan daripada syarikat perbanakan dan kewangan terkemuka itu.

"Sebagaimana RHB, ini juga merupakan penajaan pertama ahli akademik pertama pihak industri di UMT," katanya.

Pengurus Dana UMT, Dr. Safwan Mohd Nor, menjasi penerima pertama tajaan tersebut dan akan menjalankan penyelidikan untuk tempoh tiga tahun bermula Julai ini sehingga tahun 2021.

Dr. Safwan menerima simbolik tajaan bernilai RM 150,000.


Tag: