• 27 Jul 2024 | 20 Muharam 1446

RM1.3 Juta Rokok Seludup Dilupuskan

KUALA TERENGGANU, 21 Mei- Sebanyak 190 kotak besar rokok seludup dianggarkan bernilai RM1.3 juta dilupuskan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid berkata, rokok yang dirampas Maritim Terengganu di kawasan perairan Besut pada April lalu dipercayai diseludup daripada negara jiran untuk pasaran tempatan.

"Hasil operasi khas dari maklumat risikan aktiviti penyeludupan  ini berjaya dipatahkan bot peronda Maritim dan berjaya merampas 1,900,000 batang rokok putih besert sebuah lori lima tan bertujuan membawa rokok tersebut.

"Modus operandi mereka sentiasa berubah tetapi kita masih dapat mengesan mereka secara berkesan. Sekarang, mereka banyak masuk secara runcit dengan menggunakan sebuah dua buah kereta untuk mengangkut rokok. Saya percaya gudang atau tempat simpanan sementara ada.

"Mereka menggunakan kapal untuk masuk tetapi, buat masa ini kita belum dapat membuktikan samada nelayan tempatan terlibat dalam perkara ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat Maritim Negeri Terengganu, semalam.

Menurutnya, kerja-kerja pemusnahan dijangka akan mengambil masa dua hari untuk diselesaikan dan dilakukakn dengan cara mengisar kesemua rokok dengan mesindan sisanya akan dibuang dan ditanam di tapak pelupusan sampah Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Proses pelupusan turut disaksikan, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) APMM, Mohd Norzam Mustapa.

Sejak 2022 sehingga tahun ini, Maritim Terengganu telah merekodkan hasil pelupusan rokok rampasan sebanyak RM2 juta dalam melibatkan dua kes. Agensi berkenaan juga komited meningkatkan rondaan sekitar perairan Terengganu bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan pencerobohan daripada berleluasa.

 

 

 


Tag: