KUALA TERENGGANU, 23 April -Secara kumulatif, sebanyak RM2.25 bilion royalti tidak disalurkan kepada kerajaan negeri bermula 2023 sehingga tahun lalu.
Menteri Besar, Dato' Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pada tahun 2025 daripada RM1.37 bilion royalti hanya RM659 juta sahaja disalurkan terus ke akaun kerajaan negeri.
"Manakala RM713 juta atau 52 peratus daripada royalti petroleum tidak disalurkan ke akaun kerajaan negeri.
"Keadaan ini mengulangi penyaluran royalti pada tahun 2023, disalurkan hanya RM802 juta daripada RM1.52 bilion dan 2024 disalurkan hanya RM733 juta daripada RM1.55 bilion," ujarnya.

Mengulas lebih lanjut Ahmad Samsuri berkata, pada asasnya tahun 2025, jumlah hasil negeri berjumlah RM1.92 bilion.
"Jumlah hasil ini melibatkan hasil cukai sebanyak RM104.9 juta, hasil bukan cukai berjumlah RM282.3 juta dan terimaan bukan hasil sebanyak RM1.54 bilion dimana RM1.37 bilion daripadanya merupakan bayaran royalti petroleum," ujarnya.
Tag :