lightning-solid
Berita :
Rosol Bawa Rintihan Peneroka FELDA ke Parlimen
Rosol Bawa Rintihan Peneroka FELDA ke Parlimen
Muhammad Aqil Mat Ali
2 jam yang lepas
57

KUALA LUMPUR , 27 Januari - Nasib peneroka FELDA yang uzur terus terhimpit apabila wang hasil jualan saham yang sepatutnya digunakan bagi rawatan kesihatan masih belum dibayar walaupun hampir dua tahun berlalu.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid membangkitkan isu kelewatan pembayaran tuntutan jualan saham oleh Koperasi Pemodalan FELDA (KPF) dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini, dengan menegaskan bahawa kelewatan tersebut memberi kesan serius terhadap kebajikan peneroka, khususnya golongan warga emas.

Menurut beliau, ramai peneroka yang terlibat kini berada dalam keadaan uzur dan memerlukan wang berkenaan bagi menampung kos rawatan kesihatan yang mendesak.

“Kebanyakan mereka ini orang tua-tua dan sakit. Mereka amat memerlukan wang ini untuk rawatan,” tegas beliau.

Rosol turut mendedahkan bahawa empat kawasan FELDA di bawah Parlimen Hulu Terengganu terkesan dengan isu berkenaan, sekali gus menambah tekanan kepada peneroka yang telah lama menunggu hak mereka diselesaikan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak pengurusan KPF serta agensi berkaitan agar tidak memandang remeh masalah ini dan segera mengambil tindakan bagi memastikan tuntutan peneroka diselesaikan tanpa sebarang kelewatan lanjut, demi kelangsungan hidup dan kebajikan warga FELDA.


Tag :

Artikel Berkaitan