lightning-solid
Berita :
Rosol: UPOV Perlu Diteliti, Jangan Jejas Kedaulatan Benih Negara
Rosol: UPOV Perlu Diteliti, Jangan Jejas Kedaulatan Benih Negara
Muhammad Aqil Mat Ali
6 jam yang lepas
129

HULU TERENGGANU , 23 Ogos – Konvensyen Kesatuan Antarabangsa bagi Perlindungan Varieti Baharu Tumbuhan (UPOV) perlu diteliti secara menyeluruh agar pelaksanaannya tidak menjejaskan hak petani, pesawah serta kedaulatan benih dan tanaman negara.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Rosol Wahid, berkata perkara itu perlu diberi perhatian sepenuhnya oleh semua pihak, bukan sahaja Kementerian Pertanian, malah kementerian-kementerian lain yang berkaitan dengan aspek keterjaminan makanan (food security).

Katanya, kebimbangan utama adalah apabila UPOV dilaksanakan, kebebasan dan kedaulatan negara dikhuatiri akan tercabar, khususnya apabila ia melibatkan tempoh sehingga 20 hingga 25 tahun bagi sesuatu varieti untuk mendapat kelulusan.

“Yang penting dalam hal ini ialah hak petani kita perlu dijaga. Hak para pesawah perlu dipertahankan dan sumber genetik dan varieti tradisi kita perlu kita pertahankan, kita jaga.

“Kita bimbang apabila masuknya syarikat-syarikat konglomerat dan syarikat-syarikat besar untuk menjadikan hak kita sebagai hak mereka, mempatenkan benih-benih kita untuk jadi paten untuk mereka, maka akan beri kesan yang besar kepada petani-petani,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas *Parlimen* (Select Committee) Pertanian, Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Rosol berkata, kebergantungan kepada pihak tertentu dalam menentukan varieti makanan asas yang ditanam dan digunakan pada masa hadapan juga perlu dielakkan kerana ia boleh menyebabkan negara kehilangan pilihan dalam menentukan jenis benih yang ingin digunakan.

“Sebab itu, saya di Select Committee kita akan pastikan bahawa hal-hal tersebut perlu dipertahankan demi untuk kedaulatan benih kita, kedaulatan tanaman kita, dan kedaulatan rakyat kita di bumi pertiwi ini,” ujarnya.


Artikel Berkaitan