• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Rumah Milik Pesakit Usus Kronik Dibaik Pulih


Oleh: Aslam Wira

MARANG, 11 September - Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang akan membaik pulih  rumah daif milik seorang penduduk yang menghidap penyakit usus kronik  Mat Yusoff Nor, 55 dari Kampung Gong Beris, di sini.

Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng berkata, pihaknya bersedia membaik pulih rumah Mat Yussof yang serba serbi kekurangan dengan mengantikan atap, dinding dan lantai yang baru dalam tempoh terdekat.


“Kami juga telah membawa beberapa agensi kerajaan, termasuk Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Daerah Marang dan  Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tujuan sama.

“MAIDAM bersetuju menghulurkan bantuan sara hidup kerana Mat Yussof yang dahulunya bekas pekerja Felda hanya bergantung kepada pendapatan isterinya Kemala Mamat, 52, yang berkerja sebagai penoreh getah,'' katanya.


Turut hadir, Setiausaha Majlis Tindakan DUN Rhu Rendang, Wan Nelang Abd Rahman, Pengerusi Kabinet MPKK Dun Rhu Rendang dan Pengerusi MPKK Gong Beris Zolkefly Bin Sulaiman.

Dalam perkembangan sama, Nasaruddin menjelaskan, sedikit bantuan berbentuk kewangan ataupun zakat daripada individu juga telah diagihkan kepada mereka.

Tag: