• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Rumah Muslim Care Untuk Pok Wea

BESUT, 9 Mac - Seorang bapa tunggal menerima bantuan rumah dari pertubuhan bukan kerajaan Muslim Care.

Lebih dikenali dengan pangilan Pok Wea, Tuan Ismail Tuan Hassan, 53, berkata, dia melahirkan rasa syukur terhadap ilahi diatas satu kurniaan yang cukup bermakna untuk mereka sekeluarga.

"Alhamdullilah, terima kasih kepada Muslim Care yang membantu saya bagi memastikan keselesaan anak-anak lebih terjamin.

“Saya juga ingin berterima kasih juga buat Penyelaras DUN Jerteh, Wan Azhar Wan Ahmad kerana mengesyorkan permohonan ini kepada pihak Muslim Care,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis penyerahan rumah tersebut di Kampung Pelagat, Jerteh.

Sementara itu, Wan Azhar berkata, beliau akan cuba sedaya-upaya bagi memastikan para masyarakat dapat hidup dengan sejahtera.

"Semoga dengan pemberianan ini dapat membantu meringankan beban menyara anak-anak. Terima kasih kepada Muslim Care yang banyak membantu dalam pembinaan rumah ini", ujarnya.

Muslim Care merupakan satu pertubuhan yang membantu saudara-saudara seislam yang memerlukan tidak kira di Malaysia ataupun luar negara.


Tag: