• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Rumah Terbakar Gara-Gara Lilin

KEMAMAN, 24 November - Tiga beranak tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami di Kampung Bakau Tinggi di sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin.

Mohammad Khairul Rizam Ahmad Zainuddin, 27, bersama isterinya Syafiqah Mustafa, 26, serta anak Mohd Adam Rizqi, 2, sedang tidur ketika berlaku kejadian tersebut pada jam 11.00 malam.

Menceritakan kejadian itu, Mohammad Khairul berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada sebatang lilin yang dinyalakan di atas almari selepas bekalan elektrik di rumahnya terputus.

Dalam kejadian itu, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Chukai serta Balai Bomba dan Penyelamat Kemaman berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan sekitarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cukai, Hanafiah Mat turut hadir pada malam tersebut.

"Saya telah mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kemaman untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa," ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri turut hadir ke rumah keluarga mangsa di Kampung Pengkalan Sir bagi menyerahkan sedikit sumbangan wang tunai, semalam. Foto oleh - Azizi Zakaria


Tag: