• 19 Apr 2024 | 10 Syawal 1445

Salam Aidiladha - ADUN Cukai


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1439H/2018M

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Islam, khususnya rakyat di Terengganu.

Di hari yang mulia ini marilah kita sama-sama berdoa akan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia serta semua umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah.

Semoga amal ibadat mereka dalam mengerjakan rukun Islam yang kelima ini diterima Allah SWT dan dianugerahkan haji yang mabrur, insyaAllah, serta selamat pulang ke tanah air dan ke pangkuan keluarga.

Di samping kegembiraan ini, janganlah kita lupa kepada mereka yang mungkin tidak bernasib baik seperti kita.

Justeru saya mengambil peluang ini untuk mengucapkan takziah kepada mangsa bencana ribut di sekitar Cukai, Kemaman baru-baru ini.

YB HAJI HANAFIAH MAT
Pengerusi Kebajikan, Pembangunan Wanita & Kebajikan Dan Perpaduan Nasional Negeri Terengganu merangkap ADUN Cukai

Tag: