• 19 Mei 2024 | 11 Zulkaedah 1445

Sambutan Tahun Baru Cina Berbentuk Kekeluargaan

Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) dan Ustaz Ridzuan (tiga dari kiri) meraikan kaum Tionghoa di Taman Sri Manir Kuala Terengganu.


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA TERENGGANU, 31 Januari –Sambutan Tahun Baru Cina disifatkan sebagai satu perayaan berbentuk kekeluargaan.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana dalam perayaan tersebut terdapat satu majlis yang dinamakan Makan Malam Besar.

Menurutnya, semua kaum keluarga dalam masyarakat Cina berkumpul untuk mengadakan majlis tersebut.

Dr Mohd Khairuddin hadir di Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Sri Manir Kuala Terengganu.

Katanya lagi,  mereka pulang dari jauh berhimpun untuk meraikan majlis tersebut secara beramai-ramai yang diadakan di malam sambutan perayaan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika berucap  sempena Majlis Jamuan sempena Tahun Baru Cina  peringkat Dewan Undangn Negeri (DUN) Buluh Gading, di Taman Sri Manir di sini semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading, Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam Menteri Besar Terenggamu, Dr Balachandran G Krishnan.

Dr Mohd Khairuddin seterusnya berkata,  sesebuah masyarakat berbilang kaum dan agama akan mengecapi kebahagiaan apabila hidup dalam suasana bersahabat dan bersilaturahim.

"Hal tersebut merupakan anak kunci kepada kehidupan bermasyarakat kerana Islam mengajar umatnya untuk saling mengenali antara satu sama lain.

"Perbezaan cara bertutur dan bercakap adalah suatu bentuk nikmat yang Allah Taala bagi untuk menggambarkan keperibadian manusia," jelasnya.

Tambah beliau, ia merupakan anak kunci kepada kehidupan bermasyarakat kerana Islam mengajar perbezaan cara bertutur dan bercakap adalah suatu bentuk nikmat yang Allah Taala berikan.

“Hal ini bagi menggambarkan keperibadian manusia untuk kita saling kenal mengenali antara satu sama lain,” jelas beliau lagi.


Tag: