lightning-solid
Berita :
Sang Penyu Berjaya 'Tambat' Gergasi Merah
Sang Penyu Berjaya 'Tambat' Gergasi Merah
Mohd Irsyadi Abu Bakar
11 jam yang lepas
48

KUALA NERUS, 2 Februari - Kehadiran tonggak serangan baru, Gervane Kastaneer gagal membantu Terengganu FC mengatasi Selangor FC, apabila sekadar seri 1-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), semalam.

Melayan kunjungan Gergasi Merah dalam aksi Liga Super Malaysia 2025/2026, skuad kendalian Tengku Hazman Raja Hassan bermula garang dengan corak permainan 'direct' dan pantas.

Pada minit ke-19, pertahanan pelawat, Jamil Abualnadi hampir memberi kelebihan kepada tuan rumah apabila kesilapannya membolehkan Akhyar Rashid  menjaringkan gol dalam situasi satu lawan satu berdepan penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan pengadil perlawanan, Kamal Ikhwan Yaacob setelah mendapati Akhyar melakukan kekasaran ke atas Jamil sebelum gol dijaringkan.

Memasuki minit ke-32, pelawat sekali lagi diuji dengan rembatan Kastaneer dalam situasi kelam-kabut di depan gawang, namun cemerlang dinafikan Kalamullah.

Tuan rumah akhirnya memecahkan kebuntuan menerusi rembatan leret Careca yang menerima umpanan cantik Panshanbe Ehsoni pda minit ke-42.

Terengganu FC menutup separuh masa pertama dengan mendahului 1-0.

Bersambung babk kedua, Terengganu FC hampir menambah jaringan apabila tandukan Safwan Mazlan nyaris menerjah gawang, tetapi dikeluarkan pertahanan lawan.

Selangor FC mula meningkatkan penguasaan bola untuk mendapatkan jaringan penyamaan.

Pelawat akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang kebangsaan, Faisal Halim pada minit ke-56.

Careca cuba meletakkan tuan rumah kembali di depan pada minit ke-60 dengan rembatan deras dari luar kotak penalti, tetapi ditampan keluar Kalamullah.

Pelawat jelas dilihat menguasai permukaan separuh masa kedua sambil Terengganu FC terus mengintai peluang untuk melancarkan serangan balas.

Pada minit ke-74, pemain gantian Selangor FC, Hugo Boumous dilayangkan kad merah setelah didapati melakukan bentesan keras ke atas Kastaneer, menyaksikan Terengganu memiliki kelebihan satu pemain dalam baki 15 minit perlawanan.

Sekalipun beraksi dengan 10 pemain, Selangor FC nyaris menjelmakan jaringan kedua, tetapi Rahadiazli Rahalim berjaya mengekang percubaan Jose Rodriguez pada minit ke-82.

Jose sekali lagi hampir menjaringkan gol pada minit ke-88, namun tandukannya tersasar.

Perlawanan semakin mendebarkan pada penghujung masa kedua dan Terengganu FC nyaris meledak gol kemenangan, namun barisan pertahanan pelawat  kukuh bertahan.

IMG-20260202-WA0028.jpg 127.92 KB
Keputusan kekal 1-1 sehingga masa penamat, menyaksikan Terengganu FC kekal di tangga kelima liga dengan 25 mata.

Sang Penyu terus mengharapkan sokongan padu warga Terengganu setelah digemakan dengan kehadiran hampir 5,000 penyokong malam ini, dalam menerima kunjungan Kuala Lumpur City FC dalam saingan Piala Malaysia pada 6 Februari ini.


Tag :

Artikel Berkaitan