• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Santuni Pesakit Hospital Kemaman Melalui Lawatan Mahabbah



Oleh: Wan Abdul Hadi

KEMAMAN, 2 Jun- PAS Kemaman mengadakan Lawatan Mahabbah ke Hospital Kemaman yang mana program ziarah berkenaan diadakan saban tahun pada bulan Ramadan.

Rombongan berkenaan diketuai Ahli Parlimen Kemaman Che Alias Hamid. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Cukai, Hanafiah Mat, ADUN Kemasik Ir. Saiful Azmi Suhaili, ADUN Air Putih Razak Ibrahim, Penyelaras DUN Kijal Hazri Jusoh.


Hadir sama, Pengarah Akademi Duat Terengganu Ramalan Mahmood, Pegawai Khas Agama Pejabat Menteri Besar Terengganu Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Kemaman Mohd Hafiz Adam serta Penolong Penyelia i-MiTS DUN Cukai Fainah Mat.

Che Alias berkata, program tersebut bertujuan menyantuni para pesakit yang sedang menerima rawatan dan juga kakitangan hospital yang terpaksa bertugas tanpa mengira masa demi kepentingan orang ramai.


“Terima kasih kepada jururawat yang terpaksa berkorban masa tenaga untuk menjaga pesakit-pesakit sempena perayaan yang akan tiba tidak lama lagi.

Katanya, seramai 160 orang pesakit dan kakitangan hospital termasuk jururawat dan pengawal keselamatan diraikan dengan pemberian sumbangan duit raya beserta kuih-muih.

Tag: