• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Sayangi Anak Istimewa `Bagai Menatang Minyak Yang Penuh'


Oleh : Hailmey Mansor

KUALA NERUS, 30 Disember - Ibu bapa yang mempunyai anak istimewa perlu menjaga anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang `bagai menatang minyak yang penuh'.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Haji Mohd Fazil Wahab berkata, anak-anak kelainan upaya ini satu anugerah Allah SWT buat ibu-bapa kerana mereka tiada dosa bahkan memberi pahala buat ibu-ayah mereka.

“Anak-anak ini adalah satu rezeki yang tidak Allah turunkan untuk ibu-bapa yang lain kerana anak istimewa ini adalah satu sebab ibu bapa terpilih ini  boleh masuk ke syurga.

“Anak-anak kelainan upaya ini juga mengajar kita erti sabar dan ibu bapa yang mempunyai anak ini dikurniakan Allah SWT sifat sabar yang tinggi," katanya.



Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program Sayangi Anak Permata Syurga Dan Masyarakat Seberang Takir, di Dewan Serbaguna Titian Lembah Harapan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Penghulu Mukim Seberang Takir, Mohd Khairi Ghazali dan Ahli Jawatankuasa MPKK Seberang Takir.

Mohd Fazil berkata, program anjuran gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seberang Takir itu bertujuan memberikan sumbangan kepada anak-anak kelainan upaya dan masyarakat yang kurang berkemampuan di sekitar DUN itu.


Tag: