• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

'Sayu Hati Lihat Keuzuran Adik Mohd Zafran' - Kak Zah

Tuan Faizah (kiri) ketika menziarahi Adik Mohd Zafran di Setiu.
SETIU, 13 Januari - "Sayu hati semasa menziarahi adik Mohd Zafran Amsyar Zamzuri yang viral sehari dua ini dengan empat penyakit di rumahnya di Permaisuri, Setiu," kata isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.

Katanya, adik Zafran Amsyar menghidap sakit jantung berlubang, uluran angin pasang dan telah menjalani pembedahan membuang hempedu ketika berusia dua bulan.

Menurut Tuan Faizah, kini beliau memerlukan bantuan untuk membiayai pertukaran hati dengan kos yang agak tinggi selain kos rawatan berkala.

"Musibah bagi insan lain juga sebenarnya merupakan ujian bagi kita. Bagaimanakah cara kita melihat ujian yang menimpa orang lain dan bertindak balas dengannya.

"Bersama kita hulurkan bantuan kewangan dan doa agar keluarga ini dipermudahkan urusan," ujarnya di status Facebook miliknya hari ini.

Tag: