• 08 Mei 2024 | 29 Syawal 1445

Sedia Kerjasama Dengan Semua Agensi Kerajaan



Kerajaan  negeri bersedia menjalinkan kerjasama dengan pasukan keselamatan ,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi terlibat bagi memastikan rakyat mendapat khidmat yang terbaik.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pelbagai pendekatan bakal dilaksanakan melalui kerjasama itu, termasuk program yang diadakan hari ini melibatkan pelbagai pihak , termasuk komuniti  setempat.


“Kerajaan negeri mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh anggota polis yang turut bersama-sama dalam program ini.

“Pihak berkuasa sanggup bekerja tanpa mengira siang dan malam, hujan ribut tetap turun bertugas demi masyarakat sesuai dengan tema polis dan masyarakat berpisah tiada." ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Program Komuniti Ride sempena sambutan Hari Polis ke 112 Ibu Pejabat Polis (IPD) Kontinjen Terengganu di Dataran Batu Rakit, di sini semalam.

Hampir 500 peserta terlibat dengan program itu yang menjelajah kampung sejauh 23 kimometer di kawasan  Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit 

Hadir sama Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Penyelaras DUN Ustaz Mohd Shafizi Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.



Tag: