• 24 Apr 2024 | 15 Syawal 1445

Selamat bersidang, Perhimpunan Agung UMNO ke- 71- Ahmad Razif


Saya turut sama mengalu-alukan Perhimpunan Agung UMNO  ke- 71 dan mengucapkan selamat datang kepada semua perwakilan dan pemerhati dari segenap ceruk dan rantau.  UMNO berakar umbi sejak tempoh masa yang begitu panjang sejarah, jasa dan kecemerlangannya kepada rakyat di negara ini.

UMNO melalui kerajaan Barisan Nasional telah memperkenalkan banyak projek berfaedah untuk rakyat dan program yang membantu peningkatan taraf hidup rakyat dalam tempoh kini dan sebelumnya.

Program untuk kepentingan rakyat dijalankan secara konsisten bukan hanya kerana Pilihan Raya Umum semata-mata, tetapi kerana itulah perjuangan UMNO dan BN dari dulu hingga sekarang, tradisi membela rakyat.

UMNO dan BN telah berusaha keras untuk memenuhi keperluan rakyat dan adalah diyakini rakyat menilai itu semua. Kewujudan UMNO dan BN adalah sentiasa untuk mengambil cakna (prihatin) kepada rakyat dari segenap lapisan dan peringkat dalam semua jurusan atau bidang.

Dari rakyat kita datang, kepada rakyat kita kembalikan untuk mandat seterusnya.
 UMNO dilahirkan dari akar umbi. Oleh itu, melalui sistem demokrasi atau pilihan raya,  sudah semestilah UMNO/BN akan mengembalikannya kepada rakyat untuk membuat ketentuan kembali yakni mandat untuk kembali menerajui kerajaan.

PRU 14, rakyat sekali-kali tidak menolak UMNO /BN, itu keyakinan kita, itu perjuangan dan usaha kita- Kemenangan jadikan fokus kita setiap masa. Inilah antara hidup dan mati kedudukan agama, bangsa kita -Melayu dan Islam yang menaungi semua bangsa bangsa dan agama lain di negara ini.

Keduanya kita mempunyai sokongan yang sangat kuat di akar umbi khususnya yang berpusat di luar bandar yang masih memerlukan khidmat dan usaha BN membantu kehidupan mereka.

Ketiga, pimpinan sentiasa dalam keadaan setia dan patuh kepada perjuangan. Ini adalah perkara pokok yang penting untuk menyelesaikan apa apa masalah jika wujud.

Terdapat beberapa isu yang perlu ditangani dengan cepat dan bersungguh-sungguh, jangan bocorkan ‘ kapal’ kita ini, jika ada sedikit bocor tampal dan baikilah agar tidak dimasuki air. Itulah kesetiaan dan kejujuran perjuangan bersama kita.

Mari kita sentiasa bergerak ke hadapan (moving forward) dengan pelbagai program dan inisiatif untuk rakyat dengan menghasilkan pelbagai cerita kejayaan yang telah mampu dicapai.

Akhirnya penting juga untuk menyatakan realitinya atau faktanya bahawa kerajaan yang dipimpin UMNO/BN ini , diterajui utama oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno dan Pengerusi BN mendengar suara rakyat .

Dan begitulah kita di Terengganu memberi tindakan atas apa jua masalah dan hasrat rakyat berasaskan salah satu prinsip  TTB (Transformasi Terengganu Baharu), iaitu inklusif- suara rakyat suara keramat.

Marilah kita terus membudayakan kemenangan dan kecemerlangan.
Selamat Bersidang.

DATO’ SERI HAJI AHMAD RAZIF ABD RAHMAN
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO TERENGGANU MERANGKAP MENTERI BESAR TERENGGANU.

4 Disember 2017

Tag: