• 14 Mei 2024 | 6 Zulkaedah 1445

Semangat Gotong-Royong Asas Untuk Masyarakat Sejahtera


Oleh: Saifullah Jusoh

BESUT, 21 September- semangat bergotong-royong yang diamalkan oleh penduduk adalah asas untuk melahirkan masyarakat sejahtera.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Haji Azbi Salleh berkata, ia juga untuk mewujudkan kesejahteraan rakyat.

“Komuniti setempat ialah satu struktur sosial yang penting bagi terus mengekalkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan masyarakat.

“Masyarakat juga perlu saling bertolak ansur bagi mewujudkan suasana yang baik seterusnya dapat mengelakkan daripada berlakunya permusuhan dalam kalangan kita," jelasnya.


Beliau berkata ketika merasmikan Majlis Gotong-royong Perdana dan Kecerian Kampung Taman Tasek, Kuala Besut di Balairaya Kampung Taman Tasek pada semalam.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pegawai Khas Penyelaras DUN Kuala Besut, Mohd Sulaiman dan Pengerusi MPKK Kampung Taman Tasek, Mahusin Salleh.

Oleh itu, katanya, selain gotong-royong membersihkan kawasan kampung, aktiviti seperti pertandingan mewarna dalam kalangan kanak-kanak juga turut diadakan.

"Gotong-royong ini yang dianjurkan oleh pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Taman Tasek mendapat kerjasama daripada pihak Pejabat Kesihatan Daerah Besut, BOMBA Besut dan Majlis Daerah Besut," ujarnya.


Justeru itu, beliau melahirkan rasa gembira dan berharap aktiviti sebegini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang.


Tag: