• 20 Apr 2024 | 11 Syawal 1445

SETIU,  2 April - Bagi menyemarakkan suasana Ramadan pada tahun ini, Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit telah mengagihkan 9,000 kurma kepada masyarakat di DUN berkenaan.

Pegawai Penyelaras DUN Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail berkata, agihan itu dibuat melalui Jawatankuasa Pembangunan Komuniti Kampung (JPKK) secara mengikut cawangan

Katanya, perkara itu telah menjadi acara rutin tahun setiap Kali menyambut Ramadan menerusi program 'Kasihmu Ramadan'.

"Bertujuan memupuk semangat menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Semoga bulan mulia yang disambut dengan meriah pada kali ini membawa seribu rahmat dan hikmah buat kita semua.

"Dengan sumbangan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat memberikan sedikit kecerian kepada semua penduduk bagi menyambut Ramadan ini," ujarnya ketika ditemui semalam.

Mengulas lanjut,  beliau turut berharap bulan rakyat Batu Rakit dapat mengimarahkan masjid dan surau yang sedang rancak melakukan aktiviti keagaamaan termasuk Solat Tarawih.

"Ramadan pada tahun ini suasananya kembali meriah di setiap kampung dengan alunan bacaan imam-imam semasa solat tarawih diadakan.

"keadaannya sangat berbeza jika dibandingkan pada tahun ketika pandemik Covid-19 melanda," ujarnya.

 


Tag: