• 22 Okt 2020 | 5 Rabiul Awal 1442

Semarakkan Kemerdekaan Norma Baharu

Oleh: Nooreni Abu Bakar

DUNGUN, 29 Julai- Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bukanlah halangan menyemarakkan kemerdekaan dengan suasana norma baharu.

Pengarah Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA), Mohd Fikri Ismail berkata pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengekang pandemik COVID-19 tetap diutamakan.

 "Kita meraikan semarak kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis PSMZA bagi menunjukkan perasaan patriotik dan cintakan negara kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian di majlis Pelancaran  Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2020 yang diadakan di perkarangan bangunan pentadbiran PSMZA di sini, semalam.

Sempena pelancaran tersebut  kibaran bendera Malaysia kelihatan di setiap  penjuru di kawasan pusat pengajian itu.


Tag: