• 02 Mei 2024 | 23 Syawal 1445

Seramai 399 Calon SPM Sertai Tuisyen Rakyat

Besut, 15 Januari - Seramai 399 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Dewan Undangan Negeri(DUN) Hulu Besut menyertai tuisyen rakyat sebagai persiapan terakhir untuk menghadapai peperiksaan pada 18 Januari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Mohd Husaimi Hussin berkata, inisiatif mengadakan tuisyen rakyat itu merupakan usaha pihaknya bagi memastikan pelajar terbabit memperolehi keputusan yang baik kerana SPM merupakan penentu langkah seterusnya selepas tamat alam persekolahan.

"Di mana  ia akan membawa hala tuju kita untuk menyambung pelajaran hingga ke menara gading ataupun sebaliknya.

 "Walaupun rezeki tidak melihat kita berpelajaran tinggi atau rendah tetapi kita disyariatkan untuk berusaha terlebih dahulu kemudian kita berserah dan bertawakal kepada Allah SWT",ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Motivasi Kecemerlangan Pelajar bagi DUN berkenaan pada ahad 14 Januari, semalam.

Mengulas lebih lanjut katanya,Program Motivasi Kecemerlangan tersebut merupakan kemuncak program tuisyen rakyat yang telah diadakan selama dua hari pada jumaat dan sabtu baru-baru ini melibatkan tiga buah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) iaitu SMK Agama Wataniah, SMK Putra dan SMK Bukit Payong.

"Kepada adik- adik calon SPM, jangan lupa kita dekatkan diri kepada Allah swt serta selalu berdoa, memohon maaf mintak restu kepada kedua ibubapa serta guru dan kita berusaha dengan bersungguh-sungguh supaya kita berjaya didunia dan di akhirat, insya-Allah,"katanya.