• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

Setiu Siap Siaga Hadapi Bencana Banjir

SETIU, 21 Oktober - Pelbagai persiapan awal dilakukan daerah ini bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bermula bulan depan.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, persediaan itu termasuk bekalan keperluan harian mencukupi bagi membantu seluruh rakyat dalam parlimen beliau.

"Sebagaimana kita tahu, Parlimen Setiu ini merupakan tempat 'hotspot' berlakunya banjir.

"Respon positif dari pihak kerajaan negeri ini amat melegakan saya dan rakyat," ujar semasa ditemubual media hari in ketikai hadir ke Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di Pulau Kambing untuk meninjau barang keperluan harian yang akan dihantar ke Pulau Redang.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat

Dalam masa yang sama, beliau memohon agar seluruh rakyat Terengganu mendoakan Terengganu bebas daripada bencana alam.

"Solat hajat perlu dilaksanakan bagi memohon dari Allah agar kita tidak terkena bencana alam ini," tambah beliau.

 


Tag: