• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

Sidang DUN : Enam Projek Melon Manis Telah Beroperasi

KUALA TERENGGANU, 23 November - Pengoperasian Projek penanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Ladang Rimbunan Kaseh kini sedang berjalan dengan penggunaan sebanyak enam buah Struktur Perlindungan Hujan (SPH) bermula pada awal April 2020.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata projek ini dibawah seliaan Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd (TADC) dengan usahasama MCT Agriculture Sdn Bhd bermula pada April 2020 di kawasan pertanian dengan keluasan 8.462 hektar

“Sehingga Ogos 2020, jumlah penanaman pokok MMT adalah sebanyak 26,000 pokok telah ditanam dengan anggaran hasil pendapatan sehingga Oktober 2020  sebanyak 10.172 tan yang bernilai RM80,000 .

“Setakat ini terdapat sepuluh orang pekerja tempatan terdiiri daripada seorang Pengurus Ladang, Seorang Penyelia dan lapan orang Pekerja Am dimana meraka merupakan peserta Rumah Rimbunan Kaseh,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Keempat Belas(Bajet), hari ini.

Sementara itu, kerajaan negeri turut mengambil langkah untuk mengoptimumkan prasana yang ada di Ladang Rimbunan Kaseh yang mana 20 Struktur Perlindungan Hujan (SPH) lagi sedang dalam proses membaikpulih dan dijangka akan siap sepenuhnya untuk penanaman pada akhir Januari 2021.

“Kesemua 26 buah SPH akan mula beroperasi sepenuhnya pada Februari 2021 dengan anggaran penanaman keseluruhan adalah sebanyak 53,000 pokok.

Manakala tangki ikan sebanyak 400 buah tidak dapat digunakan untuk penternakan ikan disebabkan oleh masalah air, TADC mencadangkan untuk membuat projek tanaman buah Markisa menggunakan kaedah hidroponik. 

“TADC juga telah mengeluarkan modal bagi kerja-kerja membaikpulih, kos tenaga kerja, memasang CCTV, menaiktaraf, membaiki paip, menambah tangki graviti dan sistem pembesaran auto menggunakan teknologi digital serta kos input-input pertanian telah menelan belanja lebih kurang RM600,000.00 (penggunaan teknologi baru sistem penanaman),”ujarnya ketika menjawab soalan tambahan daripada ADUN Rantau Abang, Alias Harun.