• 26 Apr 2024 | 17 Syawal 1445

SKMM Minta Hati-hati Guna Aplikasi Islamik Dalam Telefon Pintar




Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM)menasihatkan pengguna telefon pintar yang meragui isi kandungan aplikasi islamik yang terdapat dalam portal agar membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum menggunakannya.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim)bagi membuat pengesahan berhubung kesahihan aplikasi yang dilaporkan.

Jelasnya,sumber aplikasi ini boleh didapati dengan mudah di 'Google Play' serta 'Apple Store' dan tidak mustahil pengguna terlepas pandang akan kesahihannya.

"Kepada pengguna kalau kita hendak tahu kepastiannya kita merujuk kepada pihak yang berkaitan, sama ada dari segi ayat Qursi atau pun ayat-ayat berkaitan dengan agama memanglah kita boleh belajar dengan mudah menerusi internet tetapi elok juga kita rujuk kepada pakar sama ada laman sesawang tersebut  disah ataupun tidak.

"Tapi dipihak kementerian melalui SKMM kita memang sentiasa bekerjasama sekiranya kita dimint oleh mana-mana pihak untuk mengesahkan perkara ini betul atau tidak kita akan buat rujukan kepada pihak yang berkaitan,”kata Jailani kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program MCMC Care Empowering Di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Ketua Bahagian Pengurusan Modal Insan Dan Pembangunan Kompetensi SKMM, Khaneeza Khalid dan Ketua Bahagian Koordinasi Wilayah SKMM, Ahmad Nor Hisyam Mohd Yusop.

Menurutnya, kandungan aplikasi perlulah benar seperti aplikasi ayat al-Quran digital dari segi tanda bacaan dan susunan ayat serta kesahihan hadis yang boleh menjejaskan fahaman umat Islam.

"Sekiranya pihak kami mendapat aduan dan disahkan palsu oleh pihak berkaitan, SKMM tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan akta sedia ada.

"Pihak SKMM telah mewujudkan satu laman "SEBENARNYA.MY" sejak Mac lalu untuk orang ramai memeriksa kebenaran maklumat yang tular di internet dan portal secara online,"katanya.

Menurut beliau lagi, portal ini diwujudkan bagi menangani masalah penularan  berita palsu di Malaysia.

Tag: