• 21 Mei 2024 | 13 Zulkaedah 1445

Songkok Tradisional Mungkin Lenyap

KUALA TERENGGANU, 8 Mei - Satu-satunya pengusaha songkok  yang masih mengekalkan pembuatan penutup kepala menggunakan kaedah tradisional bimbang warisan tradisi itu akan lenyap.

Adnan Hussin yang sudah 40 tahun berkecimpung dalam pembuatan songkok berharap kerajaan Negeri Terengganu melakukan sesuatu untuk menarik minat bakat-bakat muda.

"Di samping itu kerajaan boleh mewujudkan galeri kraf di Muzium yang menjadi tumpuan pelancong-pelancong di dalam dan luar negeri. 

"Di galeri itu diadakan kelas-kelas jahitan songkok, tenunan songket dan melukis batik Terengganu untuk menarik minat generasi muda kepada seni budaya Terengganu," katanya. 

Beliau yang ditemui oleh pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di kedainya di Losong hari ini. 

Beliau yang merupakan generasi ketiga  pembuat Songkok Warisan mula berkecimpung  setelah kematian ayahnya Hussin Mahmud."Saya harap adalah pelapis untuk meneruskan seni jahitan songkok ini," katanya yang menerima tempahan songkok kerabat diraja dan exco-exco kerajaan.


Tag: