• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

Stor SK Seri Payong Terbakar

Anggota Bomba sedang memadamkan kebakaran yang berlaku di stor simpanan SKSP

Oleh:Norekwan Mamat

Besut 6 Januari - Stor simpanan buku dan fail lama Sekolah Kebangsaan Seri Payong(SKSP) hangus terbakar dipercayai berpunca daripada litar pintas.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat(JBPM) Jerteh, Ridwan Mamat berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 9.12 pagi dan bergegas ke lokasi bersama sembilan anggota, sebuah jentera dan sebuah tanker.

"Sebaik sahaja sampai ke lokasi, saya mendapati kepulan asap yang keluar daripada tingkat satu di blok pentadbiran bangunan dan dimaklumkan oleh pihak sekolah bahawa kebakaran berlaku di stor simpanan buku.

"Pihak kami terus membuat operasi pemadaman dengan menggunakan alat operasi lengkap termasuk menggunakan lampu suluh ekoran daripada asap yang tebal di dalam stor tersebut,"katanya.


Beliau berkata sedemikian ketika ditemu bual pemberita selepas selesai operasi pemadaman di tempat kejadian, di sini, pagi tadi.

Menurutnya, kebakaran dapat dikawal selepas 10 minit operasi pemadaman dilaksanakan.


Tag: