• 27 Apr 2024 | 18 Syawal 1445

Sukan Medan Eratkan Silaturrahim



Oleh : Saifullah Jusoh

BESUT, 28 Julai - Sukan merupakan medan terbaik untuk merapatkan hubungan silaturahmi sesama masyarakat setempat.

Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Haji Azbi Salleh berkata, selain untuk menyihatkan tubuh badan, sukan juga merupakan satu cara untuk kita membina hubungan yang baik dan mengelakkan permusuhan.

"Sukan juga merupakan satu cara untuk kita berhibur. Oleh sebab itu Islam sudah menetapkan cara yang sesuai untuk kita bersukan mengikut ajaran Islam iaitu dengan menutup aurat dan menjaga akhlak sesama kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Bola Sepak Piala Penyelaras DUN Kuala Besut 2019 yang bertempat di Padang Astaka Kampung Pacakan, baru-baru ini.


Kejohanan yang dianjurkan oleh Pejabat Penyelaras DUN Kuala Besut ini telah disertai oleh 10 pasukan yang terdiri daripada pengundi-pengundi DUN Kuala Besut.

Ia juga turut mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak bagi menjayakan kejohanan ini, antaranya Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Amal Besut.




Tag: