• 05 Mei 2024 | 26 Syawal 1445

SUKMA 2018: Badminton Tamatkan Kemarau Pingat

Faiz sumbang pingat berharga buat skuad badminton.


Pasukan badminton mengejutkan kem Terengganu apabila meraih pingat gangsa dalam acara perseorangan lelaki.

Pemain perseorangan, Faiz Rozain yang mara ke separuh akhir semalam mengesahkan kedudukan beliau setelah tewas kepada pilihan kedua, Tan Jia Wei dari Pulau Pinang dalam straight set 14-21 dan 15-21.

Penyampaian medal hari ini menyaksikan beliau menyumbang satu-satunya pingat buat skuad itu.

Ketua kontijen, Samiun Salleh merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan badminton atas pencapaian itu.

"Sepanjang 18 edisi SUKMA diadakan, ini kali pertama pasukan badminton berjaya meraih pingat.

Skuad badminton berjaya pamer kebangkitan.

Perkembangan ini baik untuk skuad badminton. Mungkin dalam kejohanan akan datang kita akan menuai emas pula, siapa tahu," katanya.

Beliau menyifatkan SUKMA edisi ke-19 ini sebagai permulaan kepada kebangkitan bakat-bakat baru dalam badminton Terengganu.

Pasukan Terengganu hari ini masih berada di kedudukan teratas pungutan pingat SUKMA dengan 28 emas, 26 perak dan 25 gangsa.





Tag: