• 25 Apr 2024 | 16 Syawal 1445

SUKMA 2018: Enam Peninju Ke Pentas 'Final' Cipta Rekod Baharu

Peninju Terengganu (kanan) dinobatkan sebagai pemenang dan layak ke pentas akhir SUKMA 2018.
Oleh : Wan Hadi

BAGAN DATUK - Kejayaan enam peninju dari Terengganu ke pusingan akhir Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 adalah kejayaan terbesar dan sejarah bagi Terengganu.

Pengurus Tinju Negeri Terengganu, Ismail Abdul Rahman berkata, dalam sejarah SUKMA, ini merupakan rekod terbaharuyang mana enam daripada tujuh peninju layak ke pusingan akhir.

Ketika SUKMA 2016 di Sarawak, hanya seorang peninju yang layak ke pusingan akhir dan memenangi pingat emas.


Ahli Parlimen Kemaman, Ustaz Che Alias Hamid yang juga bapa angkat sukan tinju negeri berkata, kejayaan atlet ke pusingan akhir adalah kejayaan kita bersama.

“Kesungguhan jurulatih, semangat yang tinggi peninju serta latihan di Batam Indonesia ternyata membuahkan hasil.

"Saya berharap, keenam-enam peninju dapat mengekalkan prestasi sebagaimana di pusingan separuh akhir semalam dan dapat menyumbangkan pingat emas buat negeri Terengganu," ujarnya.

Acara sukan tinju yang bermula 15 September akan menutup tirainya pada pusingan akhir yang akan berlangsung pada Jumaat (21 September)jam 4.00 petang di Dewan Dato’ Lope Hashim.

Tag: