• 29 Apr 2024 | 20 Syawal 1445

SUKMA 2018: Penduduk Hulu Terengganu Teruja Sambut Wira SUKMA

Altet SUKMA bergambar kenangan ketika singgah di dataran MDHT. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail


HULU TERENGGANU: Orang ramai di  daerah ini tidak melepaskan peluang membanjiri Dataran Majlis Daerah Hulu Terengganu bagi menyambut ketibaan wira-wira Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 Perak dan pegawai Skuad Hanelang diketuai yang diketuai Chef de Misson, Samiun Salleh.

Penolong Setiausaha  Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu, Mohd Fadli A Rahman, berkata dia bersama 14 rakan persatuan secara sukarela menawarkan diri mengiringi wira- wira SUKMA bermula dari Jalan Aring, Gua Musang dan berakhir di Batu Burok, Kuala Terengganu.

Katanya, langkah itu  adalah kali kedua di mana pernah menyambut dan mengiringi atlet SUKMA pada 2012 yang turut menjuarai sukan sama.

“Apa yang dilakukan ahli persatuan bukan mahu popular sebaliknya sebagai tanda sokongan, mahu bersama-sama meraikan kejayaan  dan semangat kesukanan.
"Usaha ini tidak terhenti di sini sahaja, malah kami bersedia memberi sokongan sekiranya ada wira lain yang perlu disambut," katanya.

Ahli Persatuan Dendang Anak Jenagor, Mohd Haikal Taufiq Mohd Rohaizat  dia berasa cukup teruja kerana terpilih memegang Piala SUKMA sepanjang  konvoi bermula dari Kuala Jeneris, Hulu Terengganu berakhir ke Batu Burok, Kuala Terengganu.

"Ini pengalaman pertama saya bersama tiga rakan lain dapat memegang piala SUKMA  sambil mengenakan pakaian tradisional Melayu.

"Setiap kali tiba di persimpangan lampu isyarat dan singgah di Dataran MDHT, orang ramai pastinya memerhati kami berempat  yang memegang piala dan cara berpakaian," katanya



Tag: